KK1-USIM

Sunday 20 February 2011

USIM TERUS MAJU


UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)


Pengenalan
 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia 
yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan
Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama 
Universiti Sains Islam Malaysia (sebelum ini dikenali dengan nama Kolej Universiti Islam 
Malaysia). Di antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta 
membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan
teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa
Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.

Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, USIM menetapkan enrolmen

pelajarnya terhad supaya tumpuan khusus dapat diberikan untuk membina ketrampilan,
kebolehan dan disiplin serta keimanan yang jitu di kalangan pelajar.

Fakulti
USIM mempunyai 8 buah fakulti iaitu:
  • Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS)
  • Fakulti Kepimpinan & Pengurusan (FKP)
  • Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU)
  • Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM)
  • Fakulti Sains & Teknologi (FST)
  • Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
  • Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
  • Fakulti Pergigian (FPg)
Kemudahan

Kemudahan yang disediakan ialah Dewan Kuliah, Dewan peperiksaan, makmal sains, 

mahkamah Moot, perpustakaan, Pusat Kesihatan, Makmal Kaunseling, Studio Radio, 
Makmal Bioteknologi Makanan, Pavilion, Stadium, Wireless, Pusat Khidmat Setempat,
Kolej Kediaman Pelajar, Makmal Komputer, Gimnasium dan banyak lagi.

Lokasi

Terletak di dalam kawasan Bandar Baru Nilai iaitu 30 minit perjalanan dari Seremban dan 

45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Maklumat Lanjut :-

Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Tel : 06-798 8000
Website : www.usim.edu.my
Email : pro@usim.edu.my

Friday 18 February 2011

KK1 : ZON BERSIH USIM

Hasrat murni penubuhan Kolej Kediaman 1 di dalam kampus Universiti Sains Islam Malaysia berslogankan ZON BERSIH USIM mendapat sokongan dan kerjasama penuh dikalangan penghuni kediaman ini.
Setelah hampir 2 bulan menginap di Kolej Kediaman 1, rata-rata mahasiswa berpuas hati dalam aspek pengurusan kolej kediaman dalam aspek pengurusan yang mementingkan keselesaan mahasiswa.
Walaupun baru sahaja ditubuhkan, pihak pengurusan kolej kediaman sentiasa meningkatkan taraf pembangunan baik dari segi infrastruktur mahupun pembangunan insaniah mahasiswa.
Sekarang para penghuni boleh menikmati perkhidmatan wireless dan yang terbaru dari segi infrastruktur ialah pembinaan tambahan ampaian di setiap blok bagi memastikan keselesaan pelajar.