Pengenalan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia
yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan
Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama
Universiti Sains Islam Malaysia (sebelum ini dikenali dengan nama Kolej Universiti Islam
Malaysia). Di antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta
membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan
teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa
Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.
Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, USIM menetapkan enrolmen
pelajarnya terhad supaya tumpuan khusus dapat diberikan untuk membina ketrampilan,
kebolehan dan disiplin serta keimanan yang jitu di kalangan pelajar.
Fakulti
USIM mempunyai 8 buah fakulti iaitu:
- Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS)
- Fakulti Kepimpinan & Pengurusan (FKP)
- Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU)
- Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM)
- Fakulti Sains & Teknologi (FST)
- Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
- Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
- Fakulti Pergigian (FPg)
Kemudahan
Kemudahan yang disediakan ialah Dewan Kuliah, Dewan peperiksaan, makmal sains,
mahkamah Moot, perpustakaan, Pusat Kesihatan, Makmal Kaunseling, Studio Radio,
Makmal Bioteknologi Makanan, Pavilion, Stadium, Wireless, Pusat Khidmat Setempat,
Kolej Kediaman Pelajar, Makmal Komputer, Gimnasium dan banyak lagi.
Lokasi
Terletak di dalam kawasan Bandar Baru Nilai iaitu 30 minit perjalanan dari Seremban dan
45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.
Maklumat Lanjut :-
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Tel : 06-798 8000
Website : www.usim.edu.my
Email : pro@usim.edu.my |
No comments:
Post a Comment